Zina, ialah salah satu hal yang sangat merugikan diri sendiri. Secara tak,
sadar kita bisa memperoleh dosa yang banyak, ataupun bisa saja rezeki kita atau
nikmat kita diputus oleh allah. Maka, dari itu bersegeralah bertobat buat sobat
yang pernah berzina. Dan buat yang ingin melakukannya, ingat! Diakhirat nanti. Check It Out!
Di zaman
sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah
perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan
akibat buruk yang timbul dari dosa zina.
Kita semua
hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta,
walaupun hanya mendekatinya.
Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
* Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan
keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga
diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
* Zina
membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat
diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
* Menjadikan
wajah pelakunya muram dan gelap.
* Membuat
hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
* Menjadikan
pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah
merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
* Akan
menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah
mahupun sesama manusia.
* Allah akan
mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan
tidak terkawal.
* Pezina
akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
* Zina
mengeluarkan bau busuk yang mampu dihendus oleh orang-orang yang memiliki
‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
* Kesempitan
hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan
ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.
Ini adalah
kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah
maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan
Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan
kebahagiaan.
* Penzina
telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
* Perzinaan
menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua,
pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan boleh
membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain.
Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila
berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
* Zina
menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping
meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada
seluruh keluarganya.
* Aib yang
dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan
akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah
persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana
walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan
masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
* Jika
wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya
itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa .
Jika dia
ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga
hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam
keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka
tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
* Perzinaan
akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan
(nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
* Pezina
laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
* Zina dapat
menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan
lelaki yang telah berzina dengannya.
* Perzinaan
sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh
martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak
berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
* Perzinaan
menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan
gonorhea atau kencing bernanah.
* Perzinaan
menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan
oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara
terang-terangan.....
HUKUMAN ZINA
...
Demikianlah
besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang
hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi
pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
* Pertama,
hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang
belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus
kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
* Kedua,
Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya
sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa
kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah.
Hal ini
ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri,
perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh
siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang
menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk
menjalankan hukuman.
* Ketiga,
Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang
mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi
kebaikan umat.
BEBERAPA
PERKARA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN ....
Orang yang
berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya
dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya
lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
* Penzina
yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada
mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
* Berzina
dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang
tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita),
boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
* Berzina
dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
* Berzina
dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar
dosanya daripada dengan wanita lain.
* Berzina
dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina
daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
* Ditinjau
dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya,
lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
* Kemudian
dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia
lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
* Pezina
muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau
jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada
yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk
deripada orang fakir atau lemah.
BERTAUBAT
...
Bertaubat
ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang
menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada
pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya.
Hendaknya
mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa
yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali
melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa
sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut.
Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala
dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam
mencari rahmat Allah.
Allah
berfirman, mafhumnya:
“Dan
orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak
membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang
benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia
mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya
pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,
kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka
mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” (QS. 25:68-70)
(Disaring
dari risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin
Ibrahim al Hamd ...)
Wallahu’alam
bishshawab, ..
Subhanallah
......
Pribadi yang
BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap
KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap
DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap
NAPASNYA adalah TASBIH ...
Setiap
PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA
TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap
PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...
Setiap GERAK
HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN
TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap
LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...
Kekuatannya
adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya
adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya
adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...
Semoga kita
dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah. .. AAMIIN ..
Wabillahi
Taufik Wal Hidayah, ...
Salam
Terkasih ..
Dari Sahabat
Untuk Sahabat ...
... Semoga
tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...
Sumber:http://sorsow.blogspot.com/2012/12/berbagai-akibat-buruk-yang-mengerikan.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar